Monday, April 5, 2010

Sesegar Angin Tebrau (Episode 1)

Fazrul tersandar penat di pejabatnya, menyela nafas lega setelah tugasan yang sejak seminggu yang lalu diusahakan dengan bertungkus-lumus akhirnya diterima Dato’ Amran. Sekilas terpandang kad jemputan majlis pernikahan dari sahabat lamanya ketika belajar di Imperial College London tujuh tahun lalu. Sambil menyegarkan tubuh dengan meneguk sedikit air kopi yang telah sejuk di atas meja di biliknya, dia terkenang saat-saat indah dan manis sepanjang di alam kampus dahulu, pelbagai judul kisah telah terbuku dalam benak fikirannya yang terkadang membuat dia tersenyum dan terkadang membuat hatinya tersedu seorang diri. Namun semua itu berjaya diselindung oleh senyuman yang sedayanya diukirkan seikhlas mungkin. Ternyata semua cerita suka dan duka yang telah dilalui tersimpan kemas dalam memori Fazrul.

Lamunan Fazrul disedarkan oleh alunan azan zuhur di kota metropolitan yang tidak pernah sepi dengan pelbagai kerenah warga yang terkandung di dalamnya. Dato’ Amran, pemilik Segar Environmantal Consultancy sangat mementingkan soal ibadat setiap warga kerjanya. Setiap kali waktu solat, semua pekerja harus ke Masjid Al-Bait di bangunan yang berdiri megah di selatan Bandaraya Johor Bahru yang menjadi lambang kejayaan anak bangsa. Fazrul melangkah mengunci kamar peribadinya sebagai Jurutera Eksekutif di syarikat ternama itu seraya bergerak bersama sahabat-sahabat yang lain untuk menunaikan perintah Ilahi. Panorama dari kaca tingkap lif lutsinar Menara Segar sungguh indah berlatar belakangkan suasana di Selat Tebrau yang telah dirawat dan dibaikpulih dengan usaha keras syarikat Segar Environmental yang telah diamanahkan oleh kerajaan bermodalkan janji dan harapan daripada rakyat. Selat Tebrau yang dahulunya tercemar teruk akibat aktiviti rakus manusia yang mengejar kekayaan dunia juga telah menjejaskan warga nelayan dan penduduk sekitar yang sejak beberapa generasi yang lalu menjadikannya sebagai ladang rezeki.

Bahu Fazrul ditepuk dan disapa oleh sahabat karibnya ketika di dalam lif, yang dikenali sejak di universiti lagi juga mempunyai semangat juang dan minat yang sama dengannya memeperjuangkan alam sekitar dan nasib mereka yang teraniaya akibat pencemaran alam sekitar, “termenung nampak? Siapa yang ko ingatkan ni ha Fazrul” sambil tersenyum sinis. “Takkan si Khalis lagi kut?” tambah Razif dengan ketawa kecil. Air muka Fazrul mula merah padam, nama Khalis membuatkan Fazrul seolah lemah dan berdebar-debar……………………………………………….. bersambung

Friday, February 19, 2010

Not only two system!!!

"Only two systems that we have to choose, either capitalist or socialist!" itulah pekikan Hisyamudin Rais si penganut tegar sosialis yang menyakitkan hati saya.Hakikatnya, kedua-dua sistem tersebut adalah ciptaan manusia jahil yang mempunyai kepentingan peribadi dan kelompok tertentu dan berselindung disebalik nama keadilan dan kebebasan serta hak individu. Sistem ekonomi yang terbaik adalah sistem ekonomi Islam yang ditentukan oleh Allah S.W.T didalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W.


Berbicara tentang sistem ekonomi, lazimnya kefahaman akan jelas terarah kepada konsep asas ekonomi iaitu penawaran dan permintaan. Penawaran yang melebihi permintaan menyebabkan harga barangan jatuh sebaliknya jika permintaan melebihi penawaran, keuntungan pasti dapat dicapai dengan harga barangan yang tinggi.

Perkaitan antara penawaran dan permintaan ini bergantung kepada nilai matawang sesebuah negara tidak kira samada ia dalam bentuk Ringgit Malaysia, Dolar Amerika mahupun Riyal Saudi.

Secara ringkasnya ekonomi adalah aktiviti manusia yang terlibat dengan barangan, buruh, pekerjaan dan pertukaran barangan melalui import dan eksport.

Ekonomi sebenarnya bukan setakat kejayaan dalam bentuk perdagangan import dan eksport, jual beli secara konvensional atau pun sistem barter yang diamalkan oleh tamadun awal manusia. Ekonomi adalah satu sistem yang menyeluruh merangkumi soal kebijaksanaan, etika dan prinsip tertentu untuk menjana ketamadunan manusia dan kekukuhan ekonomi sesebuah negara.

Prinsip asas sistem ekonomi Islam adalah unik berbanding sistem ekonomi lain waima sistem ekonomi British yang diagung-agungkan oleh Barat. Adam Smith, ahli ekonomi Barat pada abad ke-18 menegaskan prinsip asas ekonomi Barat seperti berikut: hak harta persendirian, kuasa individu seperti pemerintah atau raja (pemonopoli mata wang), keyakinan, rasional dan keadaan ekonomi itu sendiri.

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya "Ihya Ulumuddin" mentakrifkan ekonomi sebagai `Iqtisad`. Sementara itu, As-Sadr mengulas mengenai `Iqtisad` dengan meletakkan tiga prinsip asas yang digabung jalin secara teoritikal dan praktikal dalam sistem ekonomi Islam. Prinsip-prinsip itu adalah prinsip pemilikan harta bersandarkan bahawa semua harta adalah kepunyaan Allah, prinsip keadilan sosial dan prinsip kebebasan berekonomi dengan batasan tertentu (mengikut syariah Islamiah).

Allah berfirman yang bermaksud:
“Kepunyaan Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati atau kamu sembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah: 284)

Firman-Nya lagi :
“Kerajaan Allah segala apa yang ada dilangit dan di bumi. Dan Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.” (Surah ali-Imran:189)

Jelas di sini, bahawa Islam meletakkan umat manusia sebagai pengurus, pelaksana segala apa yang diwujudkan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Justeru, dalam ekonomi Islam, pelaku ekonomi adalah khalifah yang memakmurkan, menjana segala sumber alam dalam proses mentadbir jagat raya ini. Ini bermakna manusia bertanggungjawab secara langsung terhadap Allah kerana sumber ekonomi manusia datangnya daripada Allah yang memiliki alam ini.

Oleh yang demikian, tugas pemakmuran ekonomi ini dipertanggungjawabkan kepada pemerintah dan individu itu sendiri bertunjangkan prinsip syariah Islamiah. Soal halal-haram termaktub dalam prinsip ekonomi berlandaskan Islam ini.

Komponen kedua sistem ekonomi Islam adalah prinsip keadilan sosial. Ia boleh dianggap sebagai yang terpenting kerana ekonomi Islam tidak berkonsepkan monopoli hak sehingga menindas pihak lain. Imejan keadilan sosial ini disulami dengan dua tunjang iaitu tanggungjawab secara umum dan keseimbangan sosial masyarakat.

Tabatebaei, seorang penganalisis ekonomi Islam berpendapat, tanggungjawab secara umum itu disimpulkan kepada berpegang kepada tali Allah. Konsep mentauhidkan Allah membantu kecemerlangan ummah khususnya dalam mengurus, menjana dan meningkatkan ekonomi masyarakat. Sebagai umat Islam, wajib untuk mempercayai adanya akhirat. Oleh itu, demi mendapat sejahteraan di alam akhirat kelak, pengurusan ekonomi khususnya dan pekerjaan lain amnya harus dilakukan sebaik mungkin dengan penuh rasa ikhlas, tawadduk dan sempurna tanpa meninggalkan perkara wajib yang dianjurkan oleh Allah dan Rasul.

Sementera itu, keseimbangan sosial yang digariskan dalam sistem ekonomi Islam adalah soal perkara-perkara asas dalam hubungan sesama manusia. Berzakat dan mengelakkan perbuatan riba adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Dalam ertikata lain, zakat adalah ‘penyucian harta’ setelah cukup nisab dan khaulnya kerana terdapatnya hak kumpulan fakir miskin yang wajib dibantu. Prinsip asasnya di sini adalah Islam tidak menggalakkan kecemburuan sosial dan jurang ekonomi yang luas antara golongan miskin dan kaya.

Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang yang miskin, pengurus-pengurus zakat (amil), para mualaf (golongan baru memeluk Islam), untuk budak (memerdekakan), orang yang berhutang di jalan Allah dan musafir yang sedang dalam perjalanan sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah: 90)

Begitu juga dengan riba. Islam melarang umatnya mengamalkan riba (bunga yang tinggi) kerana ia jelas menindas orang lain terutama mereka yang kurang berkemampuan. Secara logiknya, mengenakan riba ke atas sesuatu barangan memang menguntungkan para peniaga.

Namun dari satu sudut, riba boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi. Kuasa beli pengguna akan semakin mengecil dan nilai matawang juga akan merosot. Sekiranya keadaan ini berlaku, ekonomi akan menjadi tidak menentu.

Soal halal-haram begini dan impaknya ke atas pihak lain, tidak pernah ada dalam kamus ekonomi Barat. Apa yang dipentingkan adalah sistem ekonomi yang dilaksanakan itu dapat memberikan keuntungan kepada pelaku ekonomi. Dalam ertikata lain ‘matlamat menghalalkan cara’ tidak kira walau apa pun sistem yang dilaksanakan, keuntungan tetap menjadi isu utama bukannya soal keadilan sosial sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

Umat Islam seharusnya bersyukur dengan wujudnya satu sistem ekonomi Islam yang benar-benar mapan ke arah merealisasikan ummah yang cemerlang daripada aspek sahsiah, jasmani, emosi, rohani dan ekonominya.

Sambut Maulidur Rasul tanpa memusuhi sunnahnya

Hari ini dan juga pada tahun-tahun berlalu, Umat Islam tidak melepaskan peluang menyambut ketibaan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., atau lebih dikenali dengan Maulidur Rasul.

Sesungguhnya Maulidur Rasul adalah salah satu komponen daripada Sirah Nabi Muhammad s.a.w., begitu juga dengan persoalan Hijrah baginda Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah, Israk Mikraj dan lain-lain. Apa yang perlu kita tahu, Sirah Nabi seperti yang dijelaskan oleh para ulama 'sirah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal'. Matlamat mempraktikkan Islam secara menyeluruh tidak akan tercapai melainkan kita merujuk kepada sirah baginda Rasulullah s.a.w. dalam segenap aspek.

Orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Pembesar Quraisy itu sanggup memerdekakan hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling gembira.

Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak tujuh kali.

Apa sebenarnya telah terjadi pada Abu Lahab setelah anak saudaranya itu membawa satu ajaran serta pendekatan yang lain dari apa yang dilakukan oleh masyarakat Makkah ketika itu? Dialah manusia yang mula menunjukkan sikap penentangan secara terbuka kerana mendakwa apa yang dibawa oleh Muhammad itu adalah karut belaka, menyalahi amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak bertahun lamanya.

Persoalannya di sini, adakah Allah SWT menerima pengorbanan Abu Lahab dengan hanya menyambut kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.? Jawabnya sudah tentu tidak. Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah umat ini yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh baginda, walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita.

Sehubungan itu Nabi bersabda yang bermaksud: "Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali)."

pentingkan aspek luaran

Apa yang dapat kita saksikan masyarakat umat Islam hari ini, lebih mementingkan aspek luaran sahaja dalam bab agama seperti sambutan Maulidur Rasul (tidak salah menyambutnya selagi menepati selera agama), tetapi pengisian rohaninya dari apa yang baginda ajarkan kepada kita tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya, malah kosong dengan roh penghayatan.

Justeru, ingatlah kepada pesanan baginda yang menjadi inspirasi kejayaan kita di dunia dan akhirat: Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu.

Renungkanlah kata-kata hikmat baginda Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan di atas, yang akan memacu kita semua ke jalan kejayaan sebenar, tidak ada jalan lain, melainkan kitalah yang menjadi pelapis kepada Islam pada masa akan datang, Insya Allah.

Sambutan Maulidur Rasul dan persoalannya

Para ulama� kontemporari tidak menolak keharusan menyambut Maulidur Rasul, kerana mungkin sahaja itu boleh dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda, dan kita jadikan kecintaan itu juga adalah kecintaan kepada Allah SWT.

Walaupun pada zaman kehidupan baginda sendiri tidak pernah menyambutnya, begitulah pada zaman para sahabat, tabi�in dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam.

Mereka berpendapat, bahawa selagi mana sambutan Maulidur Rasul itu boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadaan baginda s.a.w., maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.

Apa yang penting, dalam sambutan itu melalui penyampaian kuliah, ceramah atau forum, mengajak kaum muslimin untuk mencintai baginda dalam segenap apa yang dibawa walaupun hati kecil kita kadang-kadang sukar untuk menerimanya.

Kita juga adalah disaran untuk mengetahui cara-cara untuk mentaati perintah Rasul, mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahannya, melaksanakan hukum-hakam yang diajarkannya, memperjuang dan memperkasa syariatnya, menyeru orang ramai ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.

Kesemua aspek di atas tidak akan sampai kepada matlamatnya melainkan dengan adanya penjelasan melalui kuliah dan ceramah agama. Maka sambutan seumpama itu amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah s.a.w., manusia yang agung di sisi Allah SWT.

Apatah lagi di zaman mutakhir ini, di mana ramai di kalangan umat Islam sudah tidak lagi berbangga dengan akhlak-akhlak yang pernah ditonjolkan oleh para generasi awal di kalangan para sahabat, tabi�in dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam, akhirnya tidak memandu mereka ke jalan kebenaran, seolah-olah mereka masih mahu berada dalam kegelapan dan kejahilan, maka berlakulah kegencutan dalam masyarakat.

perancangan hebat Allah SWT

Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?

Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih.

Contoh teladan baik lagi positif yang ada pada diri baginda Rasulullah telah bermula sejak pemilihan perkahwinan kedua-dua ibu dan bapanya yang dirancang khusus oleh Allah SWT. Allah mahukan apa yang terbit dari diri baginda adalah contoh teladan yang baik lagi mulia.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan penyampaian kefahaman Sirah Nabi agar masyarakat dipandu ke arah kesempurnaan hidup. Dalam erti kata, apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kefahaman yang betul dan bukannya atas dasar ikut-ikutan. Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini lebih sebagai amalan adat dan bukan ibadat.

Apabila peranan ini dapat dilaksanakan lebih dua atau tiga puluh tahun dahulu, maka generasi yang ada pada hari ini adalah generasi khaira ummah yang mampu melaksanakan segala hukum al-Quran dengan semangat sejarah kelahiran Rasulullah atau lebih tepat lagi dengan Maulidur Rasul.

M.A.N.T.A.P

Mahasiswa Anti Ancaman Pengetua ditubuhkan untuk membela mahasiswa-mahasiswa yang diancam oleh segelintir pengetua kolej yang bersikap tidak profesional yang memeberikan bermacam ragam ancaman dan ugutan serta provokasi. Tindakan yang wajar akan diambil untuk melawan sebarang bentuk ancaman yang boleh memudaratkan mahasiswa!!!
Kami bukan pengkhianat. Pengkhianat sebenar ialah mereka yang pecah amanah dalam menguruskan kolej MAHASISWA

Thursday, February 18, 2010

Kami sayangkan Palestin

Ketika kita sedang lena tidur dibuai tilam empuk dan asyik berfacebook, rupa-rupanya saudara-saudara seakidah kita di Palestin sedang bertarung nyawa membela nasib tanah suci umat Islam dan kemurnian agama yang kita anuti ini sendiri, baik di Gaza mahupun Tebing Barat.

Membangkitkan isu Palestin, saya sempat berkenalan dengan seorang profesor pelawat anak jati Palestin yang bertugas sebagai pensyarah di Amerika Syarikat. Profesor Makmun ialah cendekiawan hasil didikan yang sangat perit ketika membesar dengan bunyi tembakan dan bom. Sememangnya beliau anak jati Palestin yang mampu memperoleh kejayaan dalam kesusahan. Beliau sempat memberi khutbah pada awal tahun ini di UTM dan juga ceramah isu semasa Palestin di Fakulti Sains disamping beberapa pembentangan kertas kerja penyelidikan di fakulti Sains dan Institut Ibnu Sina.

Serangan terbaru Rejim Zionist ke atas semenanjung Gaza yang dilakukan dengan skala yang besar dan menyeluruh berjaya mencuri perhatian dunia seluruhnya dan tidak ketinggalan negara kita. Sepi isu pilihanraya Kuala Terengganu akibat munculnya isu ini. Jika sebelum ini isu Palestin ini hanya diperjuangkan umat Islam, tidak untuk kali ini. Seluruh dunia mula membuka mata akan kekejaman bangsa babi dan monyet ini. Sedikit sebanyak dunia mula mengetahui siapa "Terrorist" yang sebenarnya. Dengan angka korban di pihak Palestin kini berjumlah 4 angka, kejadian bedilan ke atas pejabat PBB, 3 sekolah yang dibiayai PBB, Hospital dan Pejabat bantuan kemanusiaan jelas menyerlahkan kekejaman dan kezaliman rajim Zionist ini.

Namun, sering isu begini menjadi isu sementara dan bermusim, tamat serangan tamatlah kemarahan dan tekanan dunia akan negara haram Israel ini, tamatlah boikot dan tiada lagi solat-solat hajat yang dianjurkan. Dan tinggallah sisa-sisa aktivist, PACE, AmanPalestin dan beberapa NGO lagi yang tanpa jemu dan muak untuk menjuarai isu ini dikala dunia kembali meminggirkan isu ini. Perkara ini berlaku tidak lain melainkan kegagalan masyarakat dunia memahami isu sentral yang menghantui penduduk Palestin dan umat Islam seluruhnya dalam isu Palestin ini. Isu ini hanya difahami sebagai satu serangan Israel untuk menghentikan roket Hamas dan menghancurkan "Terrorist" besar Hamas yang diceritakan berselindung disebalik orang-orang awam dan menjalankan pemerintahan secara kuku besi. Tidak! Isu ini bukan sekecil dan sesingkat itu.

Isu Gaza, Tebing Barat, Palestin dan Israel perlu difahami secara menyuluruh dan dari awalnya. Isu ini bukanlah isu yang bermusim dan sementara sebaliknya isu ini adalah isu yang panjang dan berterusan. Perjuangan dan penderitaan penduduk Palestin bukan baru sahaja bermula, namun telah hampir 70 tahun berlaku dan tidak menampakkan tanda-tanda bahawa ianya akan berakhir. Jadi, selagimana rejim zionist bertapak di situ selagi itulah rakyat Palestin akan ditindas dan dinafikan hak mereka secara zalim dan tidak berperikemanusiaan dan selama itulah kita perlu memperjuangkan isu ini,

Jadi suka saya menyatakan pemahaman saya tentang isu ini adalah, sentral kepada isu ini adalah sejarah negara haram Israel itu sendiri. Mereka yang mengkaji dan mengetahui sejarah negara haram Israel bermula dari kejatuhan Uthmaniyyah dan cara pembahagian sisa jajahannya, "The Palestine Mandate", dan perjanjian Balfour pasti akan dapat memahami isu ini dalam rangka yang sebenar dan dapat memahami siapakah "perogol" dan siapakah yang "merogol" siapakah "Terrorist" dan siapakah "victim". Rumusan dari memahami sejarah negara haram Israel ini tidak lain adalah dengan pihak Zionist harus mengembalikan semua tanah Palestin itu kepada penduduk Arab yang mendiaminya sebelumnya dan membubarkan terus negara haram Israel itu; tidak kepada "2 states solution" tidak kepada "total invasion". Juga harus diperhalusi kesan-kesan "While-River", "Oslo", "Camp David" "Oslo2", dan banyak lagi perjanjian-perjanjian lain yang ternyata langsung tidak pernah memihak kepada rakyat Palestin melainkan menguntungkan pihak Zionist semata. Dengan itu, haruskah lagi rakyat Palestin untuk mengikat perjanjian dengan pihak Zionist ini sepertimana yang dipejuangkan Fatah yang pada akhirnya akan mengecilkan kawasan pedudukan mereka, mengeluarkan mereka dari kebun-kebun mereka dan menafikan hak mereka ?. Berapa banyak lagi yang harus mereka hilang akibat perjanjian-perjanjian berat sebelah dan penuh tipu muslihat ini ?. Cukup sudah sandiwara "gula-gula" mereka.

Kesan memahami isu ini dari akarnya juga akan menyebabkan masyarakat dunia seluruhnya tidak lagi memandang Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas, sebaliknya sebuah pejuang kemerdekaan yang perjuangannya sama sahaja seperti pejuang kemerdekaan di negara lain sebelumnya. Dunia seharusnya terpesona dan kagum akan kekentalan dan keteguhan Hamas dalam mempertahankan tanah air mereka yang dirampas dan dijajah secara rakus ini.

Oleh itu, hendaklah mereka yang memahami isu ini menyampaikan hakikat sebenar akan letak-duduk perkara ini kepada dunia seluruhnya. Penyampaian dan maklumat berat sebelah dari media barat perlu kita tangkis sedaya upaya dengan usaha-usaha kita dari peringkat individu sehinggalah peranan Malayia dalam OIC khususnya. Diharapkan dengan memahami isu sentral Palestin-Israel ini akan mewujudkan satu perasaan perjuangan berterusan bersama rakyat Palestin kepada rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya,bukan perjuangan yang bermusim dan "hangat-hangat tahi ayam". Sudah sampai masanya kita hancurkan rumah-rumah haram yang didirikan di atas tanah yang dijajah itu!